Friday, July 11, 2008

untuk jundullah


"Belumkah tiba masanya bagi orang-orang yang beriman,untuk khusyuk hati mereka mengingati Allah dan tunduk kepada kebenaran yang diturunkan (kepada mereka),dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang terdahulu yang diturunkan al-kitab kepada mereka,kemudian berlalu masa yang panjang atas mereka(sedangkan mereka masih belum mahu insaf) lalu hati mereka menjadi keras.Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasiq"(Al Hadid:16)

amalmedic

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyayian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh

untuk sahabat

Sahabat..Jika hari ini aku terlalu gembira..Sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah..Jikaku bersedih tanpa kata...Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta..Jikaku lemah tak berdaya..Ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga..Jika antara kita ada tembok yang memisah...Ajaklah aku meleraikannya segera..Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku...Luahkanlah agar aku mengubah diriku..Dan jika esok kulena tanpa terjaga..Iringilah lenaku dengan kalungan doa..Semoga ukhwah sentiasa dipeliharaNya..amin

Tuesday, June 10, 2008

Buat Mak dan Abah


Untuk Bonda dan Ayahanda yang daku kasihi
Sukar untuk kulafazkan
Ungkapan cinta ini
Bukan kerana aku tak cinta
Bukan kerana aku tak rindu
Tapi mungkin kerana aku belum mengerti
Mungkin kerana cintaku belum sedalam cinta kalian
Atau mungkin cintaku belum setulus cinta kalian

Hebat sungguh kasih kalian!
Ajaib terasa belaian kalian
Melahirkanku dengan penuh kesabaran
Mendidik ku dengan penuh keikhlasan
Mengajarku dengan penuh harapan
Agar suatu hari nanti
Daku menjadi insan yang berjaya
Dunia dan akhirat

Kalian tahu kegembiraaanku
Kalian peka akan kesedihanku
Kalian mengerti ketakutanku
Kalian tahu segala-galanya tentangku

Mengapa tidak aku
Cuba mengerti rintihan kalian
Cuba memahami kegembiraan kalian
Cuba mendalami suara hati kalian

Saat ini daku tahu
Betapa Tuhan Maha Adil lagi Bijaksana
Diperintahkan daku untuk tetap taat pada kalian
Selagi tidak bertentangan dengan agama
Dilarang daku menderhaka pada kalian
Sekali pun dengan perkatan "UPH"
Dan redho Tuhan
Terletak pada redho kalian

Sukarnya untuk dilafazkan
Betapa daku terlalu banyak melakukan kesalahan
Pada tutur dan kelakuan
Yang pastinya ada yang mengguris hati kecil kalian
Yang menitiskan air mata kalian

Wahai Bonda dan Ayahanda!
Ampunkan anakanda ini
Atas lisan yang tidak terjaga
Atas perbuatan yang melampau batas
Atas segala salah silap
Yang anakanda lakukan
Yang sengaja atau tidak
Yang sedar atau tidak

Oh Tuhan!
Ampunkan dosaku dan dosa kedua mak dan abahku
Kasihanilah mereka
Sepertimana mereka mengasihiku sejak daku kecil lagi
Bantulah daku
Untuk mencintai mereka sepertimana mereka mencintai ku....

Wahai anak!


Wahai anak!

Pada suatu saat dikala kamu menyadari bahwa aku telah menjadi sangat tua, cubalah berlaku sabar dan cubalah mengerti aku.

Jika banyak makanan yang tercecer dikala aku makan….…
Jika aku mendapat kesulitan dalam mengenakan pakaianku sendiri…. sabarlah !

Kenanglah saat-saat dimana aku meluangkan waktuku untuk mengajarimu tentang segala hal yang kau perlu tahu, ketika kau masih kecil.

Jika aku mengulang mengatakan hal yang sama berpuluh kali, jangan menghentikanku! Dengarlah aku !

Ketika kau kecil, kau selalu memintaku membacakanmu cerita yang sama berulang-ulang, dari malam yang satu ke malam yang lain hingga kau tertidur. Dan aku lakukan itu untukmu !

Jika aku enggan mandi, jangan memarahiku dan jangan katakan kepadaku bahwa itu memalukan.

Ingatlah berapa banyak pengertian yang kuberikan padamu menyuruhmu mandi dikala kecilmu.

Jika terkadang aku menjadi pelupa dan aku tidak dapat mengerti dan mengikuti pembicaraan, beri aku waktu untuk mengingat dan jika aku gagal melakukannya jangan sombong dan memarahiku, karana yang penting bagiku adalah….aku dapat bersamamu dan dapat berbicara denganmu

Jika aku tidak mahu makan,

jangan paksa aku !
Aku tahu bilamana aku lapar

dan bilamana aku tidak lapar.

Ketika kakiku tak lagi mampu menyangga tubuhku, untuk bergerak seperti sebelumnya….

Bantulah aku dengan cara yang sama ketika aku merengkuhmu dalam tanganku, mengajarimu melakukan langkahan-langkahan pertamamu……

Suatu hari kelak kau akan mengerti bahawa di samping semua kesalahan yang aku buat, aku selalu ingin apa yang terbaik bagimu dan bahawa aku siapkan dasar bagi perkembangan dan kehidupanmu kelak.

Bantulah aku untuk berjalan, bantulah aku pada akhir hidupku dengan cinta dan kesabaran.

Satu hal yang membuatku harus berterima kasih padamu adalah senyum dan kecintaanmu padaku.

Tahniah, tahniah dan tahniah


Assalamualaikum,
Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kpd ALLAH SWT kerana dengan izinNYA anak-anak kita pelajar Perubatan batch 2004-2008 USM KK telah lulus dengan cemerlangnya 100%.
Apa pun anggaplah perjuangan anak-anak semua masih jauh , yang mana perlu ditempuh segala onak dan duri sebelum berjaya dunia dan akhirat.
Tanamkan semangat untuk berkhidmat bagi anak bangsa yang terlalu dahagakan tenaga anak-anak sekalian.

Tahniah buat semua anak-anak walau dimana anda berada. Ingatlah alam PEKERJAAN tidak seindah alam PENGAJIAN. Mesti terdetik dihati anak-anak kalau boleh masa diputar belakang semula untuk menikmati alam PENGAJIAN yang mempunyai seribu satu macam nostalgia pahit dan manis.

Salam sayang dari BONDA kepada NURUL HAFIZAH MOHD YUSOFF

Induksi oh Induksi

InsyaAllah. Kami akan mula berBTN dari 12 Jun-16 Jun kemudian berinduksi 16 Jun - 30 jun ni. Alhamdulillah, dapat kembali bersama2 sahabat yang amat dirindui. Moga2 akan dapat menambahkan iman, mencetus semangat baru dan idea2 baru dalam meneruskan hidup ini.Ayuh sahabat! Kita teruskan!

Friday, June 6, 2008

Syarat Melayu?

Dalam perlembagaan, rupa2 ada dijelaskan syarat sebagai orang Melayu:
1. Beragama Islam
2. Bercakap Bahasa Melayu
3. Lazimnya, mengamalkan adat Melayu

Saya terfikir, jika tak cukup ketiga2 syarat itu, masih melayukah orang itu? berapa ramai orang melayu yang tidak beragama Islam? Berapa ramai orang melayu tidak boleh berbahasa Melayu?

Orang Islam Tak Boleh Pelawok!

" Ambo tak marah minyak naik.. hok ambo maroh bila demo pelawok!"
Siapa pulak yang pelawok ni? Saya cuba memasang telinga.
" Sebelum pilihan raya, demo kata Malaysia akan bankrup jika harga minyak turun. Lepas pilihanraya, demo kata nak turunkan harga minyak pulok. Lagu mana nih??"
"Pas tu, demo kata minyak naik Ogos ni..tup2 naik dah semalam ( 5 Jun ). Kecek pelawok nih!"
Erm... saya mula menganalisis luahan hati hamba Allah ini.. betul juga katanya. Minyak naik satu hal, cakap pelawok (bohong) satu hal lain.Kenapa sampai begini?
Teringat zaman Nabi dulu bila ada sahabat bertanya.. (maksudnya lebih kurang)
"Wahai Nabi, ada tak orang Islam yang penakut?"
Jawab Nabi, "ada"
"Wahai Nabi, ada tak orang Islam yang kedekut?"
Jawab Nabi, "ada"
"Wahai Nabi, ada tak orang Islam yang pelawok (bercakap bohong?)"
Jawab Nabi,"tidak ada"
Fikir2kanlah.

Makan tikus?

"Ustaz, ada orang kata orang Islam boleh makan tikus.Betul ke?"..begitulah lebih kurang cerita seorang ustaz dalam kuliahnya di medan ilmu pagi tadi."Ambo ngaji bab makan tikus ni sejak sebelum merdeka lagi!"..semangat ustaz menyambung cerita."betul!memang ada sesetangah ulamak membolehkan orang Islam makan tikus. Jadi, bab fekah ni tak perlu berbalah la. Sape2 nak tikus, mari rumah saya. Ada tikus besar2!"..serentak hadirin ketawa.Huh!Tikus?Saya nak termuntah membayangkan sup tikus... Apa yang saya faham, ustaz cuba menjelaskan perbezaan pendapat ulamak dalam hal2 furu`. Jadi, tak perlula membazirkan masa berpecah kerana hal2 seperti ini. Ada hal yang lebih penting lagi untuk dibincangkan contohnya fiqh daulah..seperti dalam ceramah Ustaz seterusnya.........

Wednesday, June 4, 2008

Testing

Rupa2nya tak mudah utk mencreate blog. byk element2 yg masih perlu di terokai..



Friday, May 30, 2008

Jadilah seperti pokok pisang

Bismillah.. alhamdulillah... akhirnya, saya gagahkan hati untuk mencreate blog sendiri.. puas berperang dengan diri... tambahan pula saya tidak begitu mahir menulis.. apatah lagi untuk berkarya. Mana huruf kecil, huruf besar, tatabahasa, semuanya tunggang langgang. Layakkah aku menulis?Itulah persoalan yang sering mengganggu diri. Justeru, kelahiran blog ini tertangguh selama 24 tahun lamanya. Setelah 24 tahun saya memeluk Islam, barulah terbuka pintu hati ini untuk menulis dengan satu tujuan-"menyebarkan Islam,demi keredhoaan Tuhan". Bagaimana boleh terbuka pintu hati ini? Ia bermula dengan cetusan hati seorang sahabat fillah yang menggesa saya menulis, bagi menyebarkan ilmu Allah.Sahabat2 lain juga sudah punyai blog sendiri.betapa mereka mendahului saya dalam menggunakan teknologi ini untuk menambah saham akhirat.betapa cemburunya saya!itulah kelebihan bersahabat dengan sahabat yang "memakai haruman".sedikit sebanyak, saya terpengaruh dengan mereka. kemuncaknya bila saya mendengar kata2 ustazah, jadilah seperti pokok pisang. bila sudah mati, anak pokok pisang ditinggalkan.saya mula berfikir. jika saya mati, apakah yang akan saya tinggalkan? justeru, blog ini dihasilkan untuk menjadi "warisan" saya. kerana ku tak punya harta, cuma sedikit ilmu untuk dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Alhamdulillah.. Tuhan beri hidayah dan taufiq untuk saya menyebarkan ilmu mengikut kemampuan saya.Syukur!